Zunah Syakirah

Grab the widget  Get Widgets

27 April 2014

ENGKAU

Assalamualaikum w.b.t. こんにちわ。안녕!

Aku masih ingat lagi,
Diwaktu aku masih kecil,

Engkau menghantarku ke sekolah,
engkau 'menarik' tanganku yang tetap berkeras
enggan ke sekolah,

Engkau tersenyum saat membaca 'surat kanak-kanak'
menunjukkan aku merajuk kepadamu,
hanya kerana sekotak warna.

Engkau sangat bersabar melayan karenahku,
yang kadang mengada.

Engkau memanjakanku dengan caramu
yang dahulunya aku langsung tidak sadari.

Aku juga pernah merajuk denganmu,
kerana engkau memukulku,
sehingga aku tidak bercakap denganmu seharian.
Aduh! aku anak jahat.

Aku masih ingat lagi,

Saat aku demam,
Engkau dan 'dia' bersengkang mata menjagaku,
aku memakai baju sejuk berwarna merah muda,
Aduh! aku memang anak yang manja.

Pernah di satu malam, Engkau buru-buru
menghantarku ke klinik,
setelah mendapat khabar drpd nenek,
Sebab?
Kepalaku terhantuk pintu,
sehingga terkoyak,
aku memang anak yang nakal, seperti lelaki.
Aduh! aku menyusahkan.

Walaupun detik itu telah berlalu,
Detik itu tetap akan aku kenang,
Mengenal usahamu,
yang tak pernah lelah,
Dalam membesarkan aku,
mendidik dan terus menyayangiku.

Semoga, semua yang aku lakukan sekarang,
Dapat membantumu disana kelak.
InsyaAllah.

Aku menyayangimu, BAPA

[kredit]
ZS




No comments:

Post a Comment